| DIABETES | GTF | PRODUK | PROSES PULIH | FAQ | TEMPAHAN | HALAL |PROFILE SYARIKAT | BULETIN |

|ARTICLE 1 | ARTICLE 2 | ARTICLE 3 | TESTIMONIAL 1 | TESTIMONIAL 2 | TESTIMONIAL 3 |

PRODUK INI DIBUKTIKAN DENGAN UJIAN MAKMAL MELALUI KAEDAH BIOTECHNOLOGY.
SMS/WHATSUP SAYA : SHAHRUDDIN MOHAMAD NOR, 017-5760162
EMAIL : ppmshah(@)gmail.com

Sabtu, 31 Januari 2009

Selamat Tahun Baru Cina Kepada Warga Cina GT&F


Gong Xi Fa Chai saya ucapkan kepada warga berbangsa cina GTF. Terima kasih kepada Mr Lim dan Staf GTF kerana menjemput saya turut hadir dalam majlis ini.

Majlis dimulakan pada jam 10.00pagi tapi saya sampai 11.30 pagi. Sambutan adalah diluar dugaan sebab budget makanan 80 orang tetapi yang datang lebih kurang 150 orang. maka saya yang datang lewat ini hanya sempat menjamah nasi goreng sahaja, yang lain dah licin.

Ramai jugak komuniti melayu yang hadir dalam majlis ini, lebih kurang 10-15 orang termasuk saya. Semuanya adalah consumer GTF, saya dan Puan Rozita adalah yang dianggap dua leader melayu yang menjadi harapan GTF HQ. Saya akan cuba.

KONGSI PENGALAMAN

Saya sempat juga bersembang dengan beberapa kawan berbangsa cina. Antara maklumat yang saya dapat ialah:
1. Ada seorang pengidap kencing manis telah mengambil GTF selama 7 bulan dan hasilnya beliau ini telah bebas daripada menggunakan drug. Lebih menarik lagi walaupun beliau tidak mengambil GTF selama sebulan didapati bacaan gulanya tetap stabil dan di bawah paras normal. Dan sekarang ini beliau ini mengambil GTF secara altenative day.
Ini adalah sangat menarik semangat saya kerana untuk diri saya pun saya telah meninggalkan drug hospital tetapi masih tidak berani utk tinggalkan pengambilan GTF. Tapi saya akan cuba secara perlahan-lahan.

2. Satu lagi yang saya perolehi, jika saya ingin menjadi leader melayu maka strategi jualan kena ada. Ini disebabkan kuasa beli melayu amat rendah sedangkan GTF ini hanya mampu dibeli oleh komuniti yang bergaji RM3,000 ke atas sahaja.
Oleh itu beliau menasihatkan saya supaya diubahsuai strategi jualan sebaliknya boleh jual secara "loose" bagi membolehkan semua peringkat pendapatan dapat membeli produk GTF ini.

MEMANG DIAKUI PRODUK GT&F INI ADALAH BAGUS SECARA KLINIKAL DAN DIBUKTI TESTIMONIAL. DUIT ADALAH PERKARA KEDUA TETAPI KESIHATAN ADALAH PERKARA PERTAMA

Sabtu, 17 Januari 2009

Mengapa Diabetic Kencing Terlalu kerap?

Secara ringkas berikut adalah beberapa punca masalah kekerapan kencing:
1. Jangkitan saluran kencing
2. Jangkitan pundi kencing
3. Batu karang dalam saluran kencing atau pundi kencing
4. Kencing manis
5. Diabetes Insipidus (masalah hormon anti-duretik (ADH)
6. Masalah buah pinggang
7. Mengandung
8. Pundi kencing yang terlalu aktif

Jika anda pengidap kencing manis, kekerapan kencing atau polyuria adalah disebabkan oleh kadar penyimpanan air kencing adalah berlebihan akibat glucose yang berlebihan dalam saluran darah perlu dibuang daripada badan melalui kencing.
Air tambahan dalam badan diperlukan untuk menawarkan gula tersebut atau membawa gula berlebihan keluar melalui kencing. Kesannya kepada badan ialah proses ini menyebabkan kencing yang lebih kerap.

Bagi pesakit kencing manis, kekerapan kencing ini menyebabkan pesakit selalu haus Kalori dan air dalam badan menurun sehingga menyebabkan berat badan turun. Kadang kalanya pesakit ini bukan sahaja haus tetapi juga cepat lapar.

Kencing manis (Diabetes) dan Faktor Penyebab Jenis II

Kencing manis Jenis I:
Kencing manis ynag bergantung kepada insulin kerana organ badan mengeluarkan hanya sedikit ataupun tiada langsung insulin.

Kencing manis II:
Kencing manis yang tidak bergantung kepada insulin. Organ badan (pangkreas) terus membuat insulin tetapi badan kita mengwujudkan penentangan terhadap kesan insulin dan kecacatan pengisyaratan leptin.
Akibatnya, gula darah tidak dapat memasuki sel-sel dengan cekap sehingga mengakibatkan paras gula darah berkumpul dan menjadi lebih tinggi.


FAKTOR PENYEBAB KENCING MANIS JENIS II:
Seperti yang dijelaskan kumpulan ini adalah disebabkan penentangan insulin dan kecacatan pengisyaratn leptin dipanggil Disglisemia.
Penentangan insulin pada umumnya berlaku sebagai tindakbalas terhadap obesiti (kegemukan) dan/atau kurang senaman. Faktor lain termasuklah pengambilan karbohidrat berlebihan terutama gula dan kanji (nasi, roti, pasta, keropok, kuih- muih, bijirin sarapan pagi, dll).
Bahan dalam makanan ini akan menaikkan paras glukosa darah secara berlebihan dan sebagai tindakbalas, pankreas akan melepaskan lebih banyak insulin. Tidak lama kemudian, reseptor sel itu akan menjadi tepu, malahan mungkin tertutup sama sekali dan tidak berfungsi lagi.
Oleh itu glukosa dan insulin mula terkumpul dalam aliran darah.

MENGAPA BERLAKU DISGLISEMIA (Penentangan insulin)?
Satu sebabnya ialah kekurangan faktor toleransi glukosa (GTF). Ia wujud secara semulajadi dalam struktur badan terutama dalam hepar. Ia membantu mengaktifkan kegiatan insulin dan mengekalkan metabolisme glukosa yang sihat. Adalah dinyatakan bahawa apabila badan kita kekurangan GTF, insulin akan mengalami keaktifan yang rendah. Glukosa yang memasuki aliran darah tidak dapat diangkut dengan cekap ke sel kita dengan itu mengakibatkan kenaikan paras glukosa darah yang tinggi.

Satu sebab lain ialah kecacatan dalam pengisyaratan leptin. Hormon leptin sebahagian besarnya bertanggungjawab terhadap ketepatan pengisyaratan insulin dan menentukan sama ada seseorang itu akan menjadi penentang insulin atau tidak.
Leptin, sejenis hormon yang dikeluarkan oleh lemak memaklumkan kepada badan dan otak berapa banyak tenaga dipunyai, sama ada memerlukan lebih banyak tenaga (memberi isyarat kelaparan), atau sama ada ia patut membuang sedikit tenaga (tidak kelaparan) dan apa yang harus lakukan terhadap tenaga yang dipunyainya itu (mengeluarkan semula, meningkatkan kawalan pembaikan selular, atau tidak).


ISU YANG PERLU DIJAWAB?
Apakah food supplement yang boleh membantu memperbetulkan semula kecacatan leptin dan penentangan insulin tersebut?

JAWAPANNYA, sila selidiki dan baca pada url ini : http://glucosetolerancefactor.blogspot.com//2009/05/chromium-enhances-action-of-insulin.htmlhttp://glucosetolerancefactor.blogspot.com//2009/05/chromium-enhances-action-of-insulin.html

NOTA: Apa juga food supplement adalah makanan yang akan bertindak dengan baik dengan badan jika anda mengambil secara berterusan selama tiga (3) bulan. Ia amat berbeza dengan drug yang pengambilannya memberi kesan positive yang cepat tetapi pada hakikatnya masih mendatangkan kesan sampingan pada jangka panjang.

Ceramah Panduan (tips) Memilih Makanan Kesihatan

Pihak GTF HQ merancang akan mengadakan satu sessi ceramah bertajuk " Tips Memilih Makanan Kesihatan" pada tarikh dan masa seperti berikut:
1. Tarikh : 16 Februari 2009
2. Tempat : GTF HQ, Taman Danau Desa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
3. Medium : Bahasa Melayu
4. Penceramah : Puan Masrisa, Nutritionist

Ceramah ini adalah menjelaskan tentang panduan yang tepat bagaimana untuk memilih makanan yang sesuai terutamanya mereka yang telah menghadapi kumpulan penyakit Syndrome-x seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

PERCUMA. Semua dijemput hadir. Jika ada pertanyaan boleh email kepada saya ppmshah(@)gmail.com