Kencing Manis dan Komplikasi Diabetis
Kencing manis juga dikenali sebagai "Ibu Segala Penyakit". Menurut statistik WHO, dianggarkan terdapat 250 juta orang pesakit diabetik di seluruh dunia. Empat orang mati akibat kencing manis atau komplikasi diabetik pada setiap minut. Di setiap negara, terdapat 6% hingga 15% populasi menderita kencing manis dan situasi ini paling serius di Asia. Saban tahun di seluruh dunia, ratusan billion dolar US diperutukkan untuk perubatan penyakit kencing manis.
Kencing manis adalah penyakit kronik. Apabila pankreas badan tidak berupaya merembeskan insulin atau menggunakan insulin dengan efektif, ini menyebabkan tahap gula darah meningkat dan diabetis terbentuk. Hiperglisemia dan lain-lain perubahan pathologikal metabolisme akan merosakkan fungsi normal beberapa organ dalam badan, terutamanya sistem saraf dan sistem vaskular.
Pesakit kencing manis Jenis 1
Terdapat dua jenis diabetis mellitus:
Kencing manis Jenis 1 : Badan manusia tidak berupaya merembeskan insulin.
Sebab: Ini mungkin disebabkan sel manusia membunuh sesama sendiri dalam sistem keimunan badan. Sebanyak 10% pesakit kencing manis menghadapi kencing manis Jenis 1 dan kebanyakannya kanak-kanak.
Kencing manis Jenis 2
Apabila kualiti insulin yang dirembeskan oleh pankreas agak teruk, ia tidak berupaya membuka atau merangsang reseptor sel. Oleh sebab itu, gila darah tidak dapat masuk ke dalam sel. Keadaan ini dikenali sebagai "kerintangan insulin" dalam terma perubatan. Terdapat 90% pesakit kencing manis yang menghidapi kencing manis Jenis 2 dan majoritinya adalah terdiri daripada orang dewasa.
Data kencing manis
Apakah tahap gula darah yang dikatakan seseorang itu menghidap kencing manis? WHO telah menetapkan piawai untuk mendiagnosis kencing manis:
*Tahap plasma venous gula darah ketika berpuasa adalah sama dengan atau lebih dari 7.8 mmol/L.
*Tahap plasma venous gula darah ketika kenyang adalah lebih dari 11.1mmol/L.
*Tahap gula darah ketika berpuasa iaitu 6-7mmol/L dikategorikan sebagai seseorang itu berisiko menghidapi diabetis. Ujian lanjutan diperlukan. Ujian ini dikenali sebagai " Ujian Oral Toleransi Glukosa" (OGTT)
*Proses ujian adalah: Pesakit yang berpuasa dikehendaki meminum secawan air yang mengandungi 75g glukosa. Selepas 2 jam, jika tahap glukosa darah adalah lebih daripad 11.1 mmol/L, orang tersebut menghidap diabetis.
*Jika tahap gula darah selepas 2 jam adalah disekitar 7.8mmol/L dan 11.1 mmol/L, ini bermaksud seseorang itu mempunyai risiko menghidapi penyakit kencing manis. Orang tersebut akan menjadi pesakit diabetik jika tidak bersungguh-sungguh mencari penawarnya.
Penyebab diabetis Jenis 2
Penyebab utama diabetis Jenis 1 adalah akibat kerosakan gen pankreas dan gangguan sistem keimunan. Diabetis Jenis 2 pula, lazimnya disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
*Pengambilan jangkamasa panjang atau suntikan ubat tertentu seperti steroid.
*Diabetis dihidapi ketika hamil: Pesakit terdedah kepadadiabetis atau mederita kencing manis ketika mengandung.
*Penyakit pankreatik, seperti pankreatectomy, kanser pancreatic, pankreatitis, haemokromatosis.
*Makan terlalu banyak gula: pengambilan makanan manis setiap hari. Gangguan endokrin: muka edema, acromegaly dan neuroma pada pundi kencing.
Tanda-tanda diabetis
Kebanyakan pesakit ketika menjalani ujian darah tidak menyangka mereka menghidap kencing manis. Oleh yang demikian, dengan mengambil perhatian yang lebih, seseorang itu boleh mengetahui mereka menghidap diabetis berdasarkan simptom-simptom berikut:
*Terdapat segelintir orang Yang mengalami penurunan berat badan.
*Letih, berasa Mengantuk
*Badan mudah terdedah dengan jangkitan bakteria
*Polyuria dan polydipsia. Hal ini disebabkan gula darah memberi kesan ke atas fungsi buah pinggang iaitu penapis cecair.
*Pesakit diabetis Jenis 1 kadang kala mengalami ketoasidosis. Akibat kekurangan insulin, pesakit akan mengalami dehidrasi, kelesuan, deman, tekanan darah rendah, sesak nafas, mudah terperanjat dan mati.
KEROSAKAN ORGAN
Kerosakan pada buah pinggang
Diabetis akan merosakan fungsi normal buah pinggang. Bagaimana pesakit dapat megetahui bahawa buah pinggangnya rosak? Ianya dapat ditentukan dengan kehadiran 30-300mg micro-albuminuria dalam urin pada setiap 24 jam. Kehadiran albuminuria hanya dapat dikesan selepas seseorang itu menghidap kencing manis 10 hingga 15 tahun. Apabila tahap albuminuria dalam urin lebih tinggi daripada 300mg, pesakit akan menderita sakit buah pinggang dan fungsi buah pinggang akan semakin menurun. Apabila buah pinggang menjadi rosak, pesakit akan menjalani retinopathy dan menjadi buta.
Kerosakan pada sistem saraf
Diabetis akan merosakan sistem saraf dengan teruk. Kerosakan sistem saraf boleh dibahagikan kepada seksyen berikut:
*Kerosakan sistem saraf pada bahagian anggota bawah: Kaki akan berasa kebas, sakit yang beritma, kehilangan respons reflek dan otot pada kedua-dua belah kaki akan mengalami ulser kaki dan akhirnya boleh menyebabkan kematian/kelumpuhan otot.
*Neuritis kebiasaanya terjadi kepada 3 saraf, saraf dalam tengkorak, saraf pada lengan tangan dan saraf pada anggota bawah, seseorang itu akan mengalami kesakitan pada keseluruhannya.
*Kerosakan pada saraf otot. Pesakit akan mengalami amyotrophy yang mana otot akan menjadi lemah dan amat sakit.
*Autonomic neuropathies: sistem saraf autonomik adalah sistem saraf yang "membuat keputusan sendiri" dan tidak dipengaruhi oleh keadaan. Autonomik neurophaties akan menyebabkan symtom tekanan darah rendah, seperti pening kapala, impotens, Diarrhea noctumal dan keringtangan urin.
Kerosakan pada kaki
Diabetis akan menyebabkan komplikasi yang serius, yang dipanggil " kaki diabetik". Keadaan ini disebabkan oleh neuropathy dan angiopathy. Apabila ulser muncul pada kaki pesakit kencing manis, bakteria akan menceroboh tisu lembut dan tulang kaki. Cara ini menyebabkan sendi kaki akan terancam. Pada peringkat awal, saraf masih boleh merasa kesakitan tetapi kemudiannya, kaki akan menjadi kebas dan mudah tercedera. Misalnya, apabila kaki terpijak batu atau benda tajam, kaki tidak akan merasa sakit walaupun kaki tersebut berdarah sekalipun. Apabila angiopathy terbentuk pada kaki, salur darah akan menjadi sempit atau tersumbat. Jari kaki akan mula-mula sekali menerima kesannya. Apabila jari kaki berdarah, jari tersebut akan bertukar menjadi ulser. Apabila ulser semakin melarat, pesakit terpaksa dipotong (amputasi). Hal ini menunjukkan bahawa diabetis merupakan sesuatu yang membawa sinar kegelapan kepada hidup manusia.
SUMBER : Sin Chew Daily bertarikh 21hb Mar 2006
Jumaat, 28 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan