| DIABETES | GTF | PRODUK | PROSES PULIH | FAQ | TEMPAHAN | HALAL |PROFILE SYARIKAT | BULETIN |

|ARTICLE 1 | ARTICLE 2 | ARTICLE 3 | TESTIMONIAL 1 | TESTIMONIAL 2 | TESTIMONIAL 3 |

PRODUK INI DIBUKTIKAN DENGAN UJIAN MAKMAL MELALUI KAEDAH BIOTECHNOLOGY.
SMS/WHATSUP SAYA : SHAHRUDDIN MOHAMAD NOR, 017-5760162
EMAIL : ppmshah(@)gmail.com

Rabu, 21 Mei 2008

Apa itu GTF

Faktor Toleransi Glukosa atau Glukose Tolerance Factor (GTF) telah ditemui oleh Dr Walter Mertz, seorang Ketua Penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pengarah institut Pemakanan Manusaia, jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA). GTF adalah satu sebatian yang dibentuk daripada bahan biologi aktif trivalen kromium, vitamin dan asid amino.

GTF Kromium wujud dalam semua tisu manusia dan memainkan peranan yang penting dalam mengawal atur metabolisme glukosea, protein dan lemak.

Dr Mertz mendapati nutrien yang diperlukan oleh manusia daripada makanan boleh ditukarkan kepada GTF dalam badan dan seterusnya akan bergabung dengan insulin untuk menghantar glukosa dalam darah ke dalam sel.

Proses ini seterusnya merangsang metabolishme glukosa untuk ditukarkan kepada tenaga yang digunakan bagi membolehkan setiap tisu organ menjalankan fungsi masing-masing dengan berkesan seperti menyokong fungsi berfikir dan memori tisu otak, menguatkan fungsi pendetoksinan tisu hati dan fungsi sel tisu buag pinggang untuk menyingkir toksin.

Isunya sekarang ialah pengambilan makanan oleh masyarakat kita kebanyakannya tidak seimbang. Ketidakseimbangan ini menyebabkan bahan nutrien yang digunakan untuk membentuk GTF adalah terjejas.

Pengeluaran tanaman atau makanan daripada ladang yang menggunakan baja kimia melalui penggunaan nitrogen, fosforus dan kalium boleh menyebabkan kehausan unsur surih atau nutrien dalam tanah. Ketidakcukupan unsur surih dalam tanah menyebabkan penghasilan makanan oleh tananam yang tidak cukup unsur nutrien.

Sudah sampai masanya kita kena berfikir, bagaimanakah untuk mengoptimumkan pembentukan GTF dalam badan ini?

Tiada ulasan: