Ketika ditemubual, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Kementerian Pertahanan Maj Jen Dato (Dr) Sulaiman Bin Abdulan telah mendapati bahawa Pusat penyelidikan dan Diabetis di United Kingdom telah menemui risiko "kompikasi kapilari" yang mampu dikurangkan jika pesakit diabetik mangawal tahap gula dengan ketat.
Kurangkan angiopathy major dan minor
Penemuan lain oleh pusat tersebut adalah dengan kawalan ketat terhadap paras tekanan darah (sasarkan kurang daripad 130/70 mmHg), risiko "komplikasi major dan minor kapilari" dapat dikurangkan.Pusat tersebut juga menekankan bahawa pesakit diabetik perlu diberikan perhatian lebih terhadap penglihatan dan perlu menjalani pemeriksaan sama ada mengalami retinopathy atau tidak.Maj Jen Dato (Dr) Sulainman Bin Abdullah juga memberitahu bahawa penyakit kaki pada pesakit diabetik adalah merupakan masalah yang serius. Mereka sepatutnya mendapatkan nasihat pakar dengan lebih kerap bagi memeriksa keadaan kaki mereka kerana mereka kerap mengalami:
*sakit kaki berdenyut
*Ulser atau otot mati
*Neuropathy pada kaki
Kawalan ketat pengambilan diet
Pengambilan makanan yang dikawal ketat adalah salah satu cara yang penting untuk mengawal diabetes daripada bertambah teruk dan dapat menurunkan tahap gula darah.
*Kurangkan pengambilan makan tinggi kalori dan kurangkan pengumpulan lemak pada tubuh dan kekalkan berat tubuh ideal.
*Kurangkan pengambilan makanan berlemak untuk melambatkan pembentukan atherosclerosis.
*Kurangkan mengambil makanan manis untuk mengelakkan peningkatan kuantiti gula darah.
*Meningkatkan pengambilan sayur-sayuran, terutamanya sayuran tinggi serat, untuk membantu menurunkan tahap gula darah. Selain itu, ia juga untuk membantu mengelakkan penurunan gula secara tiba-tiba kerana penurunan gula darah secara mendadak akan menyebabkan hipoglisemia.
UBAT MENURUNKAN GULA DARAH
Terdapat beberapa jenis ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap gula darah dan ubat yang paling penting adalah ubat daripada kumpulan sulphonylureas dan kumpulan biguanides.
Sulphonylureas
Mekanisme ubat kelas ini adalah untuk menambahkan semula perembesan insulin. Dalam erti kata yang lain, alpha sel pada pankreas pesakit masih berupaya mengeluarkan sedikit insulin tetapi amaun tersebut tidak mencukupi. Oleh itu, kumpulan ubatan ini akan mengglakkan perembesan insulin daripada pankreas. Terdapat beberapa jenama dalam pasaran daripada kumpulan ini tetapi kesan therapeutikny tetap sama.
Kesan Sampingan
*Risiko tekanan darah rendah pada pesakit yang berumur yang mana mengambil ubat ini dalam satu tempoh yang agak lama. Oleh itu, ubat kelas ini mestilah dipreskripsikan oleh pakar perubatan terlebih dahulu.
*Ubat kelas ini mengallakkan penambahan berat badan. Keadaan ini semakin teruk pada pesakit yang obes yang mana kegemukan boleh menyebabkan peningkatan kerintangan insulin dalam badan. Ini disebabkan oleh sel diliputi oleh lapisan lemak. Oleh yang demikian, ia menyebabkan pankreas sukar untuk membuka "pintu" (reseptor) pada sel untuk membenarkan gula darah memasuki sel tersebut.
Biguanides
Ketika ini, terdapat satu sahaja jenama di pasaran untuk kumpulan ubat ini iaitu, Metformin. Tindak balas ubat ini adalah untuk mengurangkan sumber gula darah, yang mana ianya membantu insulin untuk membenarkan lebih banyak gula darah memasuki sel. Pada masa yang sama, ubat ini juga dapat menguatkan tisu dalam badan manusia oleh itu lebih banyak gula darah dapat digunakan. Ubat daripada kelas ini mempunyai beberapa kebaikan berikut:
*Sesuai untuk pesakit diabetik Jenis 2.
*Sesuai untuk pesakit diabetik yang obes. Ubat ini adalah ubat pertama yang menjadi pilihan pakar perubatan untuk diberikan kepada penyakit diabetik.Kesan sampingan ubat kelas ini adalah ketidakselesaan pada perut dan usus. Justeru, ubat ini perlu diambil selepas makan. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh mengambil ubagt ini.
Thiazolidinediones
Ubat kelas ini berupaya meningkatkan sensitiviti insulin. Dengan kata lain, ia membantu gula darah memasuki sel denganlebih mudah. Jika ubat sulphonylureas dan biguanides tersebut tidak dapat menurunkan gula darah dengan efektif, maka Thiazolidinediones digunakan.
Acarbose
Tahap gula darah sudah semestinya meningkat selepas pesakit mengambil makanan. Ubat kelas ini berupaya menurunkan tahap gula darah tinggi selepas makan.Kesan sampingannya adalah kembung perut.
Insulin
Hampir 25% pesakit diabetik memerlukan suntikan insulin. Insulin merupakan hormon polipeptida. apabila insulin bertemu dengan asid gastrik, ia menjadi tidak efektif. Oleh itu, pesakit perlu memasukan insulin ke dalam badan melalui suntikan.Selepas suntikan insulin, tahap gula darah pesakit akan dipantau. Tahap gula darah ketika kenyang adalah 4mmol/L hingga 9mmol/L. Kebanyankan pesakit sepatutnya menggunakan insulin pada kesan pertengahan dan melakukan suntikan insulin 2 kali sehari.Ubat-Ubat yang di senaraikan di atas adalah kaedah yang berlainan untuk mengurangkan tahap gula darah bagi pesakit diabetik. Walau pun terdapat kesan terapeutik yang tinggi, setiap jenis ubat mempunyai kesan sampingan.
Kamus kecil
Ujian Double-blind
Ujian Double-blind merupakan keadaan eksperimen yang istimewa di mana kedua-dua penyelidik (atau doktor) dan peserta (atau pesakit) tidak mengetahui prosedur eksperimen dan ubat yang diambil. Oleh itu mana-mana pesakit yang mendapat kesan placebo semasa eksperimen dapat dielakkan.
Perkaitan antara Faktor Toleransi Glukosa dan diabetis
Faktor Toleransi Glukosa (GTF) kebiasaanya hadir dalam pelbagai tisu dalam badan manusia. Fungsi utamanya adalah untuk mengekalkan metabolisme gula dalan badan. Dengan koordonasi insulin dan reseptor insulin, faktor toleransi glukosa akan mengangkut glukosa dari darah ke sel-sel dalam badan manusia. Faktor Toleransi Glukosa merupakan bahan semulajadi yang diperlukan oleh insulin untuk mengaktifkan reseptor insulin. Faktor Toleransi Glukosa mangandungi bahan seperti vitamin, mineral dan asid amino dengan trivelen kromium sebagai elemen pusat.Ketidakcukupan pengambilan trivalen kromium pada satu tempoh yang lama akan menyebabkan pengurangan Faktor Toleransi Glukosa yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan. Oleh sebab itu, kerintangan insulin dan simptom klinikal diabetes terbentuk. Kehadiran gula yang berlebihan dalam urin akan memerlukan lebih banyak lagi Faktor Toleransi Glukosa. Ini membawa kepada kekurangan trivalen kromium yang serius dan akhirnya menyebabkan kehilangan fungsi buah pinggang. Ini juga merupakan penyebab utama pesakit kencing manis turut mengalami masalah buah pinggang.Kekurangan trivalen kromium akan membawa kepada kerintangan insulin yang memberi kesan kepada kenormalan metabolisme. selain daripada pembentukan diabetis, ia juga memberikan simptom klinikal seperti tahap gula darah yang abnormal dan penyakit kardiovascular.
Susu Tepung Faktor Toleransi Glukosa
Pada 15 Januari 2006, kumpulan pelawat Malaysia telah mengadakan lawatan ke Taiwan untuk mengetahui tentang pembangunan susu tepung yang dihasilkan khususnya untuk pesakit diabetik Susu Tepung GT&F yang mengandungi Faktor Toleransi Glukosa.
Dr. Kuo Shi-Wen, pakar dalam endokrinologi dan metabolisme di Hospital Taipei City Xindian Tzu Chi,sebagai ketua pasukan ujian double blind yang mengunnakan Susu Tepung Faktor Toleransi Glukosa telah dilakukan. Keputusan ujian sungguh menakjubkan. Seramai 156 pesakit diabetik jenis 2, lelaki dan perempuan telah melalui ujian ini. Hasil ujian mendapati tahap gula telah menurun secara signifikan selepas 4 bulan mengambil susu tepung ini. Pada waktu yang sama, keadaan kerintangan insulin kebanyakan pesakit telah menunjukan perubahan yang baik.
Keputusan eksperimen double blind telah mendapat pujian pada Konferens Diabetes Antarabangsa 2004 dan keputusan tersebut telah diterbitkan dalam "Jurnal Antarabangsa amalan Kinikal."
Eksperimen di Universiti Kebangsaan Chung Hsing
Prof Jei-Fu Shaw, presiden University Kebangasaan Chung Hsing, doktor falsafah dalam bidang biokimia dan ialah ahli fellow Persatuan Sains Lanjutan Amerika (AAAS).
Pihak university menjalankan kajian ke atas tikus dengan mengunakan Susu Tepung Faktor Toleransi Glukosa. Selepas 4 bulan, mereka juga mendapati Susu Tepung Faktor Toleransi Glukosa berupaya mengawal diabetis daripada melarat dan menurunkan tahap gula darah tanpa sebarang kesan sampingan.
Terjemah dari Sin Chew Jit Poh bertarikh 21hb Mar 2006 (Bahagian 2)
Sabtu, 17 Mei 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan