| DIABETES | GTF | PRODUK | PROSES PULIH | FAQ | TEMPAHAN | HALAL |PROFILE SYARIKAT | BULETIN |

|ARTICLE 1 | ARTICLE 2 | ARTICLE 3 | TESTIMONIAL 1 | TESTIMONIAL 2 | TESTIMONIAL 3 |

PRODUK INI DIBUKTIKAN DENGAN UJIAN MAKMAL MELALUI KAEDAH BIOTECHNOLOGY.
SMS/WHATSUP SAYA : SHAHRUDDIN MOHAMAD NOR, 017-5760162
EMAIL : ppmshah(@)gmail.com

Sabtu, 17 Januari 2009

Kencing manis (Diabetes) dan Faktor Penyebab Jenis II

Kencing manis Jenis I:
Kencing manis ynag bergantung kepada insulin kerana organ badan mengeluarkan hanya sedikit ataupun tiada langsung insulin.

Kencing manis II:
Kencing manis yang tidak bergantung kepada insulin. Organ badan (pangkreas) terus membuat insulin tetapi badan kita mengwujudkan penentangan terhadap kesan insulin dan kecacatan pengisyaratan leptin.
Akibatnya, gula darah tidak dapat memasuki sel-sel dengan cekap sehingga mengakibatkan paras gula darah berkumpul dan menjadi lebih tinggi.


FAKTOR PENYEBAB KENCING MANIS JENIS II:
Seperti yang dijelaskan kumpulan ini adalah disebabkan penentangan insulin dan kecacatan pengisyaratn leptin dipanggil Disglisemia.
Penentangan insulin pada umumnya berlaku sebagai tindakbalas terhadap obesiti (kegemukan) dan/atau kurang senaman. Faktor lain termasuklah pengambilan karbohidrat berlebihan terutama gula dan kanji (nasi, roti, pasta, keropok, kuih- muih, bijirin sarapan pagi, dll).
Bahan dalam makanan ini akan menaikkan paras glukosa darah secara berlebihan dan sebagai tindakbalas, pankreas akan melepaskan lebih banyak insulin. Tidak lama kemudian, reseptor sel itu akan menjadi tepu, malahan mungkin tertutup sama sekali dan tidak berfungsi lagi.
Oleh itu glukosa dan insulin mula terkumpul dalam aliran darah.

MENGAPA BERLAKU DISGLISEMIA (Penentangan insulin)?
Satu sebabnya ialah kekurangan faktor toleransi glukosa (GTF). Ia wujud secara semulajadi dalam struktur badan terutama dalam hepar. Ia membantu mengaktifkan kegiatan insulin dan mengekalkan metabolisme glukosa yang sihat. Adalah dinyatakan bahawa apabila badan kita kekurangan GTF, insulin akan mengalami keaktifan yang rendah. Glukosa yang memasuki aliran darah tidak dapat diangkut dengan cekap ke sel kita dengan itu mengakibatkan kenaikan paras glukosa darah yang tinggi.

Satu sebab lain ialah kecacatan dalam pengisyaratan leptin. Hormon leptin sebahagian besarnya bertanggungjawab terhadap ketepatan pengisyaratan insulin dan menentukan sama ada seseorang itu akan menjadi penentang insulin atau tidak.
Leptin, sejenis hormon yang dikeluarkan oleh lemak memaklumkan kepada badan dan otak berapa banyak tenaga dipunyai, sama ada memerlukan lebih banyak tenaga (memberi isyarat kelaparan), atau sama ada ia patut membuang sedikit tenaga (tidak kelaparan) dan apa yang harus lakukan terhadap tenaga yang dipunyainya itu (mengeluarkan semula, meningkatkan kawalan pembaikan selular, atau tidak).


ISU YANG PERLU DIJAWAB?
Apakah food supplement yang boleh membantu memperbetulkan semula kecacatan leptin dan penentangan insulin tersebut?

JAWAPANNYA, sila selidiki dan baca pada url ini : http://glucosetolerancefactor.blogspot.com//2009/05/chromium-enhances-action-of-insulin.htmlhttp://glucosetolerancefactor.blogspot.com//2009/05/chromium-enhances-action-of-insulin.html

NOTA: Apa juga food supplement adalah makanan yang akan bertindak dengan baik dengan badan jika anda mengambil secara berterusan selama tiga (3) bulan. Ia amat berbeza dengan drug yang pengambilannya memberi kesan positive yang cepat tetapi pada hakikatnya masih mendatangkan kesan sampingan pada jangka panjang.

Tiada ulasan: